3A ! [unite=kami juara]

3A ! [unite=kami juara]
Hey to all Blog's Stalkers ! You are currently viewing our harmony family of class A . It an honor for us as you guys would spent your time to stalk our class A's blog . We appreciate it very much . Our members having a lot of fun time together every years , months , weeks and days . To keep all those sweet memories in book sequel is would not enough . We would like to share those happy moments with you guys , Blog's Stalkers . Do read , do comment and do follow us to catch our great moments as Mara's students of Mara Junior Science College Pasir Salak , Perak .



Class A <3



Saturday, March 10, 2012

PUSKEP :)

Assalamualaikum dan Salam satu negara .

Apa khabar adik adik semua ? Bertemu lagi kita di dalam rancangan Ketuk ketuk PS . Tak sampai sebulan kita bersama dengan ahli keluarga baru kelas A yang baru sahaja dilahirkan , kita telah dibawa oleh para cendekiawan maktab untuk bertandang ke PUSKEP @ Pusat Kepimpinan Pelajar Mara di Lenggong . Dengan bertunggangkan binatang kaki bulat yang panjangnya lebih kurang 200 cm kami pelajar MRSM Pasir Salak telah bertolak ke sana dengan perasaan bebrbaur riang dan gembira sekali . Tetapi sedikit sedih kerana tak dapat menikmati kegembiraan ini bersama mereka warga emas kelas A yang telah berpindah membawa haluan masing masing . Namun tidak mengapa . The journey have to go on .

First day ,
Check-in . Tempat tinggal kat dalam khemah tentera . Full furnished with lockers and small discrete fan . Malam ada sesi Taaruf bersama jurulatih yang didatangkan khas daripada ladang .

  • CIKGU FIRDAUS  ( Mrsm Lenggong ) @ tukang sapu ?
  • CIKGU ZUL   ( Mrsm Serting ) 
  • CIKGU MULYADI  (Mrsm Gerik ) OA yang sangat hensem :)
  • CIKGU Z
  • CIKGU NAJIB  ( Mrsm Taiping )
dan ramai lagi .
Kendian diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan dalam kumpulan . Tengah malam pulak ada OBH bagi yang perempuan . Manakala , Tali Pandu bagi yang lelaki .
OBH , jalan sepanjang 300 m BERSEORANGAN dalam keadaan gelap .
Tali Pandu , jalan berkumpulan TUTUP MATA . Jalan berdasarkan arahan ketua .
Masa OBH macam macam ragam ada . Yang jatuh longkang kat tepi tu lah . Yang terkejut terus peluk pokok . Yang mengantoikan cikgu . Konon nak takutkan student la tu ? Hm ? Lelaki katanya kena jalan sampai tempat paintball ? Amboi , jauhnya . Alaaa , lelaki . Buat apa nak cuak kan ?

Esok pagi .
Sepatutnya ada senam robik . Tapi dah jadi budaya Pasir Salak selalu je lambat . So , senam robik dibatalkan . Tetapi , diganti dengan lari bukit , turun bukit sebanyak 2 round . Ain Nabila terpeleot sampai terkoyak tisu kaki . Bukan tisu tandas ea . Pagi tu kami dibahagikan kepada 4 kumpulan .
  • Kumpulan 1 + kumpulan 5
  • Kumpulan 2 + kumpulan 6
  • Kumpulan 3 + kumpulan 7
  • Kumpulan 4 + kumpulan 8
Aktiviti pagi tu

1 . REPELLING

 

 2 . FLYING FOX


3 . EXTREME CYCLING

 

4 . KAYAKING

 

Teramat sangat lah penat sepanjang hari itu . Masa flying fox bermacam gaya . Masa kayak toksah cita naa . Ada terbalik lagu ni lah . Haiyaa ~
Malam pulak ada OBH untuk lelaki dan Tali Pandu untuk perempuan .
Before tali pandu and OBH , Cikgu Zul bagi kitaorang buat Taichi . Tapi ni taichi laju punya version . Semua orang enjoy gila masa tu . Faris , kau buat jugak ke ? Haha :) tak tahu mana dia jumpa video tu . Tapi memang lawak sangat .

Macam macam cerita pasal budak lelaki masa diaorang ada OBH . Next time , jangan buat lagi ea . Yang perempuan ada yang jatuh longkang ea Lisa ? Sampai lebam darah beku kaki kau tu . Chill la . Buat dunno je . Lelaki ada tak yang jerit melalak masa OBH ? Mesti ada kaaan ? .

Esok pagi , once again Senam Robik tkda lagi . Yang lebih memberukkan satu batch tak turun surau untuk subuh . Biar betul ? Jangan risau , yang menaip ni pun tak turun jugak . Eh , tak sedar pun dah subuh . Pagi tu supposely ada River crossing . Tapi diganti dengan IQ games . Memang best . Lagi best yang dapat cikgu Mulyadi tu . Ada yang kena berenang kat Sungai Perak . Ada yang kena marah . Ada yang terseksa . Ada yang gembira . Merajuk . Macam macam ragam . Dengar cerita cikgu Adi merajuk dengan kumpulan Perempuan kelas A ? Apa cerita ni wanita ? Sampai kena nyanyi lagu relaku pujuk ni ? Takpa , nt maktab story ea ?

Habis semua aktiviti tu kami semua berangkat pulang ke maktab . Sangat penat :) Tapi best . Pengalaman kat PUSKEP sangatlah best . So , do try it . 

PERHATIAN !!

KHAS HANYA UNTUK PELAJAR MARA 
SAHAJA !

Pusat Kepimpinan MARA Lenggong


No comments:

Post a Comment